Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yag berusia 9 tahun itu bertanya kepada si ayah. "Ayah, apa itu politik?".
Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita, ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham"
Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehinggalah akhir sekali dia mejadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi kebilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Ana itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.
Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada disebelah ibu.
Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah berada di pembaringan pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.
Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?"
Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!"
Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.
Lantas si ibu mencelah, "Jadi apa dia politik tu?"
Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab, "Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalismenodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan generasi masa depan bergelumang najis! Itulah politik".
diambil dari sini
No comments:
Post a Comment